Saturday, April 5, 2008

DO we Ever CARE?


Asking me myself and you, my brothers and sisters...
Do We EVER CARE about them...??

THE REAL TERRORISTS !!!


Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.


Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin.

Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?


sumber: palestinkini.info

Friday, April 4, 2008

Filem Fitna - Respon Al Qardhawi

Qaradhawi: Jangan Pandang Enteng Orang yang Menyalakan
Api terhadap Al-Quran

Dr. Yusuf Qaradhawi, Ketua Ulama Islam Antarbangsa,
menyatakan lima spektrum yang berisi seruan kepada
kaum Muslimin untuk melawan serangan yang memburukkan
Islam dan kitab sucinya.

Seruan ini disampaikan berikutan penyiaran filem
"Fitna" yang ditayangkan oleh ahli politik radikal
Belanda Geert Wilders di internet. Kita tidak boleh
menganggap enteng upaya menyalakan api terhadap
Al-Quran, begitu tegas Qaradhawi.

Qaradhawi menegaskan bahawa dakwaan Wilders dalam
"Fitna" yang menyebutkan bahawa Islam mengajarkan
kebencian dan pembunuhan, sangat berlawanan karena
Islam adalah agama yang menyerukan kecintaan dan hidup
berdampingan secara damai dengan pihak lain.

Qaradhawi dalam kesempatan yang sama juga menyelar
sikap sebagian umat Islam yang turut mencemarkan nama
Islam dan secara automatik membuka peluang bagi
musuh-musuh Islam untuk memperburuk citra agama Islam
yang hanif.

Dalam keterangannya kepada Islamonline, Qaradhawi
menegaskan, Apa yang dilakukan oleh ahli politik
radikal Belanda itu, sama dengan menyalakan api
terhadap Al-Quran.

Ia menambahkan, Filem yang menuding al-Quran sebagai
kitab suci fasis adalah pembohongan, dan merupakan
perkataan yang tidak dikeluarkan kecuali oleh orang
yang bodoh, sombong dan keras kepala. Ini rangkaian
baru dari rangkaian permusuhan yang telah dibangun
oleh arus di Barat, yang mengambil keuntungan di
baliknya.

Lima hal yang yang digariskan Qaradhawi dan harus
dilakukan umat Islam adalah;

Pertama, PENOLAKAN.


Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yang
menyebutkan baginda seorang yang haus darah dan
seorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harus
dilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepada
orang-orang yang selama ini memiliki imej buruk
terhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akan
kemuliaan Rasulullah saw.

Kedua, Melalui kaedah politik, sikap negara-negara
Islam besar harus berdiri secara jantan untuk membela
Islam dan Rasul-Nya.

Ketiga, Penolakan massa dengan menekan pemerintahan
kaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkan
keimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masih
memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.

Keempat, Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan di
lapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itu
misalnya, drama, filem atau drama bersiri untuk
meluruskan imej yang selama ini tertutup dari Islam.

Kelima, Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negara
yang mengizinkan penduduknya mencederai kesucian
Islam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampu
menyakitkan suatu negara.

Diadaptasi dari: eramuslim