Saturday, October 6, 2007

KEHIDUPAN yg HALAL..?

Salam sejahtera ke atas semua pengunjung.
Terima kasih yang tak terhingga di atas kesudian anda untuk menziarahi laman ini. Sekadar sedikit perkongsian sebagai renungan bersama.

Kebelakangan ini, kesedaran umat islam terhadap pemakanan halal dan penggunaan barangan halal semakin meningkat. Alhamdulillah. Begitu juga warga kolej di tempat saya menuntut ilmu, pihak Hal Ehwal Pelajar turut menganjurkan Seminar Pemakanan dan Barangan Halal dari kaca mata Islam. Alhmadulillah, ramai juga rakan-rakan saya yang bersungguh-sungguh menyertainya, lantaran hajat yang tinggi untuk mengetahui lanjut berkenaan barangan dan pemakanan 'Halal' di dalam Islam.

Secara peribadi, hal ini sungguh menggembirakan saya. Jelas menunjukkan, perkembangan yang positif pada sikap para pemuda, pemangkin negara ini. Walaubagaimanapun, di dalam menghayati perkembangan baik ini, dengan izin ALLAH, terlintas di hati saya,
'apakah hanya makanan dan barangan harian, kita tersangat memerhatikan halal dan haramnya?'
'mengapa tidak seluruh kehidupan kita, kita jadikannya Halal di sisi Allah swt?'
Sekadar meneliti pengertian Halal yang dikemukan oleh penceramah,
'Halal = Selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT"

Pada pandangan umum masyarakat kita hari ini, 'makanan dan barangan', sangat perlu diteliti sama ada punya bahan2 yang diharamkan Allah atau tidak. Jika bahan yang haram bahkan syubhah, diperingaykan kita agar segera meninggalkannya. Kelak bahan tersebut dikatakan berkemungkinan memberi kesan kepada Ibadah kita kepada Allah. Alhamdulillah, kesedaran tentang hal ini masih boleh dikatakan di tangga yang baik. Jika dikesan suatu bahan atau proses bahan tidak islami, tindakan akan segera diambil. Ketegasan ummah, jelas terpamer. Ada yang lantang bersuara, menulis dan juga bepersatuan demi menjaga hak muslim iaitu 'disediakan Makanan dan Barangan Halal.'

Namun, sekadar mengajak saudara-sadari berfikir,
Bagaimana pula dengan kehidupan kita? Bukankah Kehidupan kita juga seharusnya selari menurut apa yang Allah telah tetapkan? Bukankah ertinya, kita juga harus menjadikan Kehidupan kita Halal dari kaca mata ISlam..?
Bagaimana kehidupan kita dikatakan HALAL sekiranya CINTA ALLAH, tidak menjadi KEJARAN pertama dan utama di hati kita. Bahkan, mungkin Kalam ALLAH, Al-quran tidak sempat kita teliti, apa lagi turuti? Bagaimana kehidupan kita HALAL sekiranya yang dilarang Allah; couple / zina, mendedah aurat dan sbg. belum pula kita tinggalkan dengan hati yang rela dan penuh cinta? Bahkan kadangkala ada yang menentang. Nau'zubillah. Bukankah semua ini akan memberi kesan kepada penerimaan Allah terhadap amal-amal soleh lain yang kita lakukan..? Itu, masih belum lagi berbicara berkenaan hukum-hukum Allah yang harus ditegakkan.

Subhanallah.. bagaimana saudara-saudariku?
Adakah cukup sekadar Makanan dan Barangan kita perhatikan status HALALnya??
Bagaimana dengan seluruh kehidupan kita... yang sesungguhnya tidak kita dihidupkan melainkan untuk berubudiyah kepada-Nya? Bahkan, bukankah Allah menurunkan Al-Quran utk membentuk kehidupan kita, bukan sekadar makanan dan barangan kita?

wallahua'lam..

**moga menjadi renungan bersama..

**tegur daku jika tersalah..



written by Anis Hanisah
IPBA, KL