Friday, September 28, 2007


Khas buat rakan2 IPBA yang dikasihi.. Jemput memakmurkan Surau kita ya..!
Mari hadiri
--> Tadarus dan Tadabbur Quran bersama
--> Solat Terawih bersama
--> Makan Morei bersama

Moga-moga Ramadhan ini menjadi bulan peningkatan iman dan ukhuwwah kita semua..!
** senyum.. sayang ntum kerana Allah....


Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat-Nya..


Alhamdulillah, ramadhan kali ini sungguh bermakna.
Seakan tidak puas berada hampir sepurnama lantaran leka dek haruman dan keindahannya. Hari-hari berlalu penuh makna biar ujian2 hidup melanda..
Alhamdulillah..
seakan dihadiahkan ‘extra’ kekuatan dari yang Maha Esa.

Benar hikmah kalam yang berbunyi,
‘Ramadhan perlu dimasuki dengan hati yang bersedia.’
'Ramadhan hadiah istimewa buat orang-orang mukmin.'

Moga Ramadhan kali ini benar2 menjadi Madrasah Tarbiyah buat kita semua...




Wednesday, September 12, 2007

RINDU yg HAMPIR TERUBAT..

air mata menitis
tanpa aku sedari
rinduku hampir terubat
lantaran sebentar lagi
yang kurindu akan kutemu

saudara
apa kalian juga seperti itu?
ya, aku pasti
kerana kita sehati, sejiwa dan secinta
Hidup kita untuk Allah
Mati kita juga untuk Allah
Insya-allah

moga menjadi titik peningkatan
moga menjadi titik pengislahan
Ya Allah, kuatkan aku dengan kehadirannya
Ya Allah, bahagiakan aku dengan kedatangannya
Biar angkuhku lebur
Biar ego hancur
Biar yang ada hanya JIWA seorang HAMBA
merintih merayu
bergantung harap Hanya Pada-Mu

Ramadhan Kareem..
Penghulu yang dirindu

Anis Hanisah
IPBA, KL
(2 hours more to enter ramadhan 1428H..)

Saturday, September 8, 2007

Bakar, Bakar, Bakar....!

[[HIDANGAN SEMPENA DEKATNYA RAMADHAN]]

Ramadhan = 'panas' yang 'membakar'

Bakar apa? Bakar Kulit (Panasnya mentari)? Tidak..

Ramadhan memBakar Nilai yang ada pada diri manusia
MemBakar Sikap, Nafsu dan Penyakit-penyakit yang tidak perlu ada pada seorang Mukmin

Mengapa perlu Bakar?

Semua yang pantas bergerak, amat perlu pada proses pembakaran
Contoh:
Kereta > Tidak jalan tanpa minyak membakar engine
Roket > Tidak terbang ke langit tanpa pembakaran gas di dalamnya

Jadi, apa lagi menjadi Mukmin Muslim yang ingin Bergerak pantas menuju Allah
Tentu sahaja memerlukan Proses Pembakaran.
RAMADHAN, Hadiah Allah bagi membantu Mukmin Mendapatkan Proses itu.

Mukmin perlu dibakar Nafsunya dan dibakar Karat-karat Jahiliyah yang berbaki di JIWA
Untuk muncul sebagai Ketulan EMAS yang tak ternilai HARGA dan KEINDAHANnya...

Ayuh, kita menjadi Emas, ayuh kita Lalui bersungguh-sungguh proses Pembakaran ini!

Ramadhan...Aku Merinduimu..

(adaptasi daripada Kuliah Ust. Norazman)

Anis Hanisah
IPBA, KL

Thursday, September 6, 2007

Jangan Putus Asa


"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa." (Az-Zumar, 53)


"Sesungguhnya yang berputus asa dari Rahmat Allah itu hanyalah kaum yang tidak beriman." (Yusuf, 87)

Benar, sungguh orang-orang mukmin itu melihat akan dosanya seolah-olah ia berdiri di bawah sebuah gunung; ia merasa takut sekiranya gunung tersebut jatuh menimpanya. Namun, keyakinannya kepada rahmat Allah, dan keimanannya pada Asma'2-Nya (Al-Gaffur [Maha Pengampun], At-Tawwab [Maha Penerima Taubat] dan Al-A'fuwu [Maha Pemaaf]) membuang sebarang prasangkanya.

Kata Sa'id Hawwa di dalam kitabnya, 'Mana mungkin lahir Asma2 sedemikian, jika hamba Allah tidak terbuat dosa dan tidak berlari-lari menagih keampunan-Nya?' Maka, janganlah kita berputus asa dari Rahmat Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui kita dengan kelemahan kita, juga Allah mengetahui kita dengan hasrat keimanan kita.

Wallahua'lam.

*Ya Allah, diriku di bawah kekuasaan-Mu. Aku Mohon Ampunanan-Mu terhadap kelemahan diriku..

Anis Hanisah
IPBA, KL

Mari Bertaubat, sahabatku!


Taubat> Gerbang Jalan menuju AllahSWT

Tersebut kerap di dalam Al-quran, mulia nian;
"Sungguh Allah mengasihi dan menyayangi orang-orang yang bertaubat dan yang senantiasa mensucikan diri"
Bahkan, di dalam sepotong sabda baginda saw;
"Wahai anak Adam, selama mana kamu berdoa dan berharap kepada-Ku,
Aku (ALLAH) akan ampuni bagi kamu di atas dosa-dosa yang ada padamu,
dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, sekiranya mencapai dosa-dosamu itu ke awan langit selepas itu engkau memohon keampunan-Ku,
nescaya Aku ampuni bagi kamu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, sesungguhnya kira kamu datang pada-Ku dengan kesalahan sebanyak bumi dan seisinya, sedang kamu tidak menyekutui Aku dengan sesuatupun, nescaya Aku berikan keampunan kepadamu sebanyak itu juga."(At-Tarmizi)
Subhanallah, Baiknya ALLAH pada hamba-hambaNya selagi mana kita tidak mempersekutukanNya.
Lantas, saudara-saudaraku,
ayuh bersama kita kembali padaNya..
Bertaubat dan Bersihkan diri.
Kita Mahu Dikasihi dan Disayangi ALLAH, bukan??
Ramadhan semakin hampir
Moga kita diizinkan menjejakinya dengan hati yang bersih dan bersedia...

Wallahua'lam..
**Salam sayang untuk semua...

Anis Hanisah
IPBA,KL

Wednesday, September 5, 2007

HIJJAB > Protecting My Dignity






The Veil (Hijab)
They say, "Oh, poor girl, you're so beautiful you know
It's a shame that you cover up your beauty so."
She just smiles and graciously responds reassuringly,
"This beauty that I have is just one simple part of me.
This body that I have, no stranger has the right to see.
These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty.
Faith is more essential than fashion, wouldn't you agree?
This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
They tell her, "Girl, don't you know this is the West and you are free?
You don't need to be opressed, ashamed of your femininity."
She just shakes her head and she speaks so assuredly,
"See the bill-boards and the magazines that line the check-out isles, with their phony painted faces and their air-brushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy."
This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart and seek the heart of purity.

(Dawood Wharnsby Ali)

Tuesday, September 4, 2007

Kikis Habis-Habis

--------------------
"Mengikis karat-karat JAHILIYAH di Hati
dengan aliran Air Suci Tarbiyah Imaniyah, Ruhiyah dan Dzatiyah"
-----------

INDAHNYA ISLAM
~Hanya ALLAH dalam JIWA~

** Tak cemburu..??**

WANITA dan LELAKI













Wanita dan Lelaki
saling menjadi fitnah
selagi belum Halal Ikatannya..
Biar atas nama 'kawan', 'lawan' bahkan apa sahaja
yang 'ketiga' senantiasa bersama
Pelihara diri,
hai para Mukminin dan Mukminah
Hatimu hanya LAYAK untuk PENCIPTAmu
Cintamu hanya LAYAK untuk PEMELIHARAmu
Dirimu hanya LAYAK untuk PEMILIKmu
Sungguh,
mereka yang
Memelihara Diri, bahkan Mengawal Al-Hawa
HadiahNya tidak Kecil
JanjiNya tidak lekeh
JANNATUL NA'EEM
ABADAN ABADA..

Anis Hanisah
IPBA, KL

Mengajak Wanita Mengenali Fitrahnya

Wanita lebih bernilai daripada sebutir permata. Kalaupun nak diibaratkan dengan sebutir permata bukanlah pada nilai harganya, namun pada cahayanya yang gemerlapan. Kerana harga adalah nilai kebendaan yang boleh ada pasang surutnya, sedang cahaya senantiasa tetap memancar serinya. Permata terhasil dari hebatnya proses kimia aturan Allah yang mengambil masa ribuan tahun jauh di dasar kerak bumi. Begitulah wanita Muslimah sejati menjadi serikandi menerusi indahnya seni didikan murni Al-Quraan, Hadith, Ibu bapa dan suasana yang terpelihara.

Wanita, seharusnya sedar bahawa mereka bukan barang dagangan nafsu dan pelaris produk. Wanita dilihat oleh ISLAM pada cahaya hati mereka yang menyinari alam didikan keluarga. Raut wajah mereka yang tenang, bercahaya hasil daripada ibadah menceritakan kemampuan mereka membesarkan anak supaya bertaqwa. Perasaan halus di jiwa mereka menghembuskan nafas iman untuk meluruskan akhlaq anak-anak Mukmin. Pada kecerdikan dan kecerdasan mereka, tersedia gedung ilmu membekalkan anak dengan bekalan suci perjalanan hidupnya.

Dengan itu Islam mewartakan wanita wajib dimuliakan sejajar dengan tugas mendidik yang hebat ini. Keluarga ialah perkara penting dalam masyarakat manusia. Dalam keluarga didikan adalah tujuan utama, dan didikan wanita yang bergelar ibulah yang memberi pengaruh terbesar. Seperti tersebut di dalam sepotong Hadith, 'Syurga dibawah tapak kaki ibu'. Hal ini menggambarkan betapa syurga seorang anak bergantung erat pada keteguhan deen si ibu, mulia nian.

Wanita wajib dipelihara daripada saat kelahirannya hingga saat kematiannya. Baginda Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang membenci wanita, maka ia bukan dari golonganku." Wanita wajib dipelihara ketulenan jiwa dan akal mereka agar sentiasa bersih dan boleh membersihkan akhlaq, akal dan sikap anak-anak. Dilarang berpelesaran seperti lelaki, sama ada atas nama kerjaya atau apa sekalipun. Ini kerana mereka ibarat permata, bakal rundung cahaya cerdik dan sucinya jika terkasar, tergeser, tercalar dan terdedah pada kancah kekotoran.

Dipertanggungjawabkan ke atas ibu bapa supaya tidak mendedahkan anak perempuan bergaul bebas dengan lelaki atau menghadiri acara yang menghilangkan malunya. Malu adalah warisan mulia wanita. Pergaulan bebas dan acara yang memansuhkan sifat malu menjatuhkan martabat wanita. Keperibadian wanita dibina dengan sembilan nafsu satu akal, oleh itu hanya sifat malu yang mencegahnya daripada gelora liar dan aib.

Perjuangan wanita sudah dijayakan oleh Rasulullah SAW 1500 tahun yang lampau. Sebelum itu keadaan masyarakat Jahiliyah meletakkan wanita semata-mata sebagai barangan seks dan dagangan. Amalan bersuami lebih dari satu sudah cukup menggambarkan betapa anak yang lahir tidak tahu asal keturuanannya. Islam berjaya memuliakan wanita dengan mengharamkan pembunuhan anak perempuan, perhambaan dan pelacuran. Islam telah menggantikannya dengan perintah wajib diberi wanita Ilmu dan nafkah, wajib disantuni dan disegerakan nikah jika ada lamaran yang memenuhi syarat adil, dan wajib dilindungi wanita janda dan anak yatim.

Dengan terlaksananya keadilan terhadap wanita yang diperjuangkan oleh SYARI'AT ALLAH, maka terhasillah para ilmuan wanita, ibu-ibu yang terpelajar, para hafizah yang menghayun buaian dan terbit jugalah anak-anak cendikiawan ulung dan para imam mujtahidin daripada institusi keluarga. Sedang saat itu, Barat masih dalam kemelut perhambaan, sistem fuedal, dan wanita ditindas terkebelakang selama beberapa abad.

Oleh itu, garis perjuangan wanita sudah tergaris di dalam Al-Quraan, iaitu perjuangan mendapat martabat TAQWA di sisi ALLAH SWT, memelihara kehormatan diri, menyusu dan mendidik anak agar terpelihara daripada azab api neraka, menutup tubuh agar dikenali sebagai orang mulia dan tidak mengumpat atau menjaga tepi kain orang. Perjuangan wanita sebagai sayap kanan suami mithali, dalam membantu menegakkan kebenaran ISLAM, sebagai penenang gundah dan letih suami ketika pulang dan sebagai penyampai ilmu sesama mereka.

Apakah tidak cukup pengiktirafan Al-Quran kepada wanita di dalam surah Al-Ahzab, 35 yang menyebut adalah sama ganjarannya antara wanita dan lelaki yang mukmin, bertaqwa bahkan beramal soleh di sisi ALLAH? Sama ganjaran biarpun berlainan jantina dan tugas. Subhanallah, rahmat dan kasih ALLAH meliputi segalanya! Sedang, perjuangan wanita Barat mengorbakan diri. Hal merebut persamaan hak, terlalu kabur kerana hingga kini mereka tidak juga terbela dari segi kehormatan. Cuma sekadar mendapat peluang berjawatan itu dan ini, berserta bebanan yang bertambah-tambah. Hal itu tidak lebih, sekadar perjuangan kebendaan.


Adaptasi dari Majalah Haluan, keluaran 2/2002

3rd Sept 2004 to 3rd Sept 2007


Last three years before, he is still with us..
Laughing, Cheering and Joking
Giving us a strength to live
Nevertheless,
HIS Love, HIS fate and HIS word
are always above everything
Nothing I could do,
but accept with pleasure
and make it as the Best Lesson
that reminds me always
about
How Short, How Temporary, How Immortality
the Life is..

**Ayah
,
though we are growing to be adults
but,
we'll always try our best to be your best share
a soleh child
on the day of the meeting..

~AL-FATIHAH..~

Anis Hanisah
IPBA, KL
3rd of September 2007

Monday, September 3, 2007

Just a word of mine









Between me and Him
I am nothing, but an imperfect servant
I am nobody, but a forever learner
I am no one, but a preserving peace-finder

Between me and the world
I am everyone as I am a Muslim
I am somebody as I am a Caliph
I am someone as I am a Mukmin

Because
My dignity and my strength,
My love and my passion
are all gathered
in His Power and Mastery
I Believe
I Trust
merely in His authority

O Allah, show me the true Path..

Anis Hanisah
IPBA, KL
3 Sept 2007