Wednesday, September 12, 2007

RINDU yg HAMPIR TERUBAT..

air mata menitis
tanpa aku sedari
rinduku hampir terubat
lantaran sebentar lagi
yang kurindu akan kutemu

saudara
apa kalian juga seperti itu?
ya, aku pasti
kerana kita sehati, sejiwa dan secinta
Hidup kita untuk Allah
Mati kita juga untuk Allah
Insya-allah

moga menjadi titik peningkatan
moga menjadi titik pengislahan
Ya Allah, kuatkan aku dengan kehadirannya
Ya Allah, bahagiakan aku dengan kedatangannya
Biar angkuhku lebur
Biar ego hancur
Biar yang ada hanya JIWA seorang HAMBA
merintih merayu
bergantung harap Hanya Pada-Mu

Ramadhan Kareem..
Penghulu yang dirindu

Anis Hanisah
IPBA, KL
(2 hours more to enter ramadhan 1428H..)