Wednesday, December 12, 2007

Eidul Adha, Mujahadah dan Pengorbanan


Bahang Kemeriahan Aidil Adha semakin terasa.
Mana tidaknya, seorang demi seorang sanak saudara serta sahabat handai dilambai pergi dari cermin kaca lapangan terbang. Subhanallah.. diterima Menjadi tetamu Allah di Rumah Allah yang dimuliakan.

Masya-allah, cemburupun seakan bertempat di hati..
Bila pula ya rezeki diri ini.. Moga-moga berpeluang menjejak kaki di Baitullahil Haram suatu hari nanti..

Apapun, sempena itu, saya mengucapkan Salam 'Eidul Adha kepada semua..
Ya, 4 Hari yang mengingatkan kita, umat Islam tentang erti pengorbanan di dalam hidup ini.

Teringat diri akan sepotong kata
'...Rahsia Cinta pada Pengorbanannya..."
Ya, Rahsia Cinta yang Manis antara seorang hamba dengan Tuhan Penciptanya,
tentunya terletak pada sekuat mana Mujahadah dan Tadhiyah yang dihadapi dan dilaksanakan oleh sang Hamba..
Agak-agak, Tentu pengorbanan dari diri ini belum sampai mana...
sebab itu, hati ini belum beroleh tautan kukuh dengan CInta-Nya...
Masya-allah...
Semoga E'dil Adha 1428 ini benar2 memperingatkan diri serta jiwa yang alpa ini..