Bagaimanapun, bagi saya, agak jarang kita membiasakan diri meneliti sebuah lakaran sejarah nyata peribadi contoh muslimah generasi al-quraan yang tak kurang keunikannya.
Sungguh, di sebalik kisah para sahabat, telah terpatri jua kisah unggul para sahibiyah yang menerima didikan terus daripada baginda, Rasulullah saw.
Sehingga termaktub di dalam Al-Quran, sebuah ayat yang indah,
“Sungguh, lelaki dan wanita muslim,
lelaki dan wanita mukmin,
lelaki dan wanita yang tetap di dalam ketaatannya,
lelaki dan wanita yang benar,
lelaki dan wanita yang sabar,
lelaki dan wanita yang khusyuk,
lelaki dan wanita yang bersedekah,
lelaki dan wanita yang berpuasa,
lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya,
lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah Swt,
Allah telah menyediakan ampunan dan pahala yang besar.”
(33:35)
Maka, saranan saya, mari bersama kita tatapi hasil garapan Mahmud Mahdi Al-Istanbuli bersama Mustafa Abu An-Nasr ini,
Maka, saranan saya, mari bersama kita tatapi hasil garapan Mahmud Mahdi Al-Istanbuli bersama Mustafa Abu An-Nasr ini,
'Sirah Sahabiyah
Kisah Para Sahabat Wanita'
Semoga menjadi teladan kepada pembentukan Syakhsiah Mukminah Muslihah diri kita..