Wednesday, February 13, 2008

Destinasi Cinta yang Harus dicari


Assalamualaikum w.b.t..

salam sejahtera dan salam kasih sayang..

Berlabuh di pangkuan saudara-saudari, warga IPBA yang rahmati Allah swt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Dengan izin dan perkenan-Nya, saya diberi ruang untuk berkongsi bicara di dalam ruangan ringkas yang bermakna ini. Semoga setiap daripada kita beroleh manfaat dan kebaikan di sisi-Nya.

Saudara budiman yang dirahmati Allah,

Menyebut tentang Cinta, jujur saya katakan, kalimah ini kalimah yang mengusik jiwa. Agak sukar untuk dimengerti, apalagi untuk menjadi topik perbualan.. Namun, hakikatnya, wajarlah kita sama-sama fahami, Cinta adalah suatu perasaan suci, anugerah istimewa dari Allah kepada hamba-Nya, khalifah di muka bumi. Dengan Cinta, manusia ciptaan-Nya ini bakal mewujudkan kemakmuran, kebahagiaan dan keindahan di muka bumi-Nya . Bayangkan jika dunia tanpa cinta..? Benci dan Dengki menguasai..? Subhanallah.. mohon dihindar sama sekali…

Tapi, sayang.. hari ini, realitinya.. ramai yang telah tersalah erti dengan kalimah Cinta. Cinta tak lagi menerima pandangan sewajarnya.. hingga tampak seakan kalimah ini hanya dikhaskan untuk si dia, pasangan kekasihnya.. Impaknya, timbullah fenomena semasa yang mana pemujaan terhadap kekasih seakan melebihi pemujaan terhadap segala-galanya, bahkan terhadap Kuasa Pencipta Cinta sekalipun.. Lagu-lagu, novel-novel, drama dan filem, semuanya mengagungkan Cinta si dia. Subhanallah.. apakah ini yang sewajarnya berlaku?

Saudara budiman yang dihormati kerana-Nya,
Hakikat Cinta tak semurah itu. Jika Cinta itu Indah, tentu Pencipta Cinta Maha Indah, dan tentunya juga Cinta kepada Pencipta Maha Indah terlalu lagi Indahnya. Tidak mahukan kita melalui Cinta seperti itu?
Saudara budiman,
Tak Kenal Maka Tak Cinta.. Benarlah kata orang-orang tua. Maka, seruan saya buat semua (terutama diri saya). Marilah kita berusaha untuk mengenali Pencipta Cinta yang Maha Indah itu. Kehebatan, dan kesempurnaan-Nya.. Keagungan dan Kasih sayang-Nya. Nescaya, saya pasti Dia akan menjadi Cinta Terunggul kita. Insya-allah. Namun, tak lupa… Tiada Cinta tanpa Pengorbanan kerana itu rahsia Cinta…

Wallahua'lam..

***Rahsia Cinta pada Pengorbanannya***

Sincere Servant

11 Februari 2008

***Cetusan buat Islamic Notes IPBA