Sunday, January 6, 2008

Seruan Untuk Berfikir


Jendela 2007 telah selesai menutup tirainya, dan kini 2008 hadir memulakan eranya. Bagi jiwa-jiwa yang mati, beralih tahun tidak membawa sebarang erti. Sekadar nombor di atas catatan tarikh yang bertukar. Namun, bagi jiwa-jiwa yang hidup, jiwa-jiwa yang besar, tahun baru sering disusuli dengan 1000 harapan dan impian juga 1000 azam dan tekad untuk merealisasikannya. Ya, biarkan semalam dengan kelamnya, namun hari esok harusnya lebih cemerlang dari hari ini!

Lantas, sekadar berkongsi peringatan kendiri, sempena tahun baru ini, marilah kita bersama melatih diri kita untuk menggunakan aqal, ciptaan Tuhan untuk berfikir secara fitrah, tanpa kepentingan peribadi.
Mari kita latih minda ini agar
Usah sekadar melihat sesuatu tanpa memikirkan akan kepentingannya
Usah sekadar menerima sesuatu tanpa memikirkan kebenarannya.
Mari kita gerakkan minda ini untuk senantiasa mencari kebenaran.

Saudara budiman,
Dengan Aqal dan Minda yang berfungsi, ilmu yang suci akan hadir melemparkan cahayanya
Dengan Ilmu yang didalami dengan hati nurani, akan mengundang hidayah yang benar
Dengan Hidayah yang benar, diikuti pula dengan jiwa hamba,
akan melahirkan Personaliti yang terpimpin oleh Cahaya dari Langit.

Peribadi itu,
Biar Dunia hadir dengan segala macam CINTA dan GODAANnya
Ia tak mudah ditipu, diperdaya..
Juga tak mudah termakan oleh propaganda..
Yang Benar, jelas baginya
Yang Salah, terang bezanya

Maka, dengan itu, ia akan hidup di atas JALAN KEBENARAN.

Ayuh,
kuncinya,
Marilah kita MENGGUNAKAN AQAL untuk BERFIKIR secara FITRAH untuk mencari KEBENARAN, saudaraku!

6 January 2007
Asrama Pantaipuri, IPBA